HOME ABOUT LOVEY FACEBOOK EXCHANGE TWITTER INSTAGRAM

Friday 18 July 2014

pray for our brothers and sisters :'(


Aku minta maaf jika  disini aku masih lagi ketawa sana sini sedangkan kau menangis ketakutan.
Aku minta maaf jika disini aku masih lagi sibuk dengan kepentinganku sendiri sedangkan kau bermandi darah.
Aku minta maaf,disaat negaramu dibom zionis laknatullah.Aku masih selesa disini.
Allahurabbi!
Selamatkan saudara seagamaku.
Kurniakan mereka segenggam benih tabah untuk disemai jadi sepohon kekuatan.
Pesanan dari tanah palestin,Gaza;
Kami tidak meminta kamu datang bersama-sama kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini untuk mempertahankan tanah umat islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doalah senjata yang paling hebat yang tidak ada pada orang kafir.Selain itu,bantulah apa saja yang kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kepada semua umat Islam kerana kami terkepung untuk memberitahu kepada dunia.Jika itu juga tidak mampu,bagaimana kamu hendak menjawab dihadapan Allah kelak?(Hj.Nazri Deraman-Pengerusi Cakna Palestin).
Whoever you are..
Whatever you do now..
Whatever you’re feeling right now..
For the sake of humanity..
Please take a time..
Pray for them..
Pray for Gaza..
Pray for Palestinians..
Dear all Muslim and friends,I beg you.
May Allah protect them.

Sunday 29 June 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ;)


Ehem-II diam tak diam alih-alih dah ramadhan balik. Alhamdulillah.Syukur kerana masih diberi peluang untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim di tahun ini.Alhamdulillah.Tahun ini sambut ramadhan dengan status baru.Pelajar je.Okay.*silagelak,akubuatlawak*.Disebabkan tahap kerajinan dalam diri nie kian menebal,dah lama tak jenguk ‘rumah’ sendiri.Apatah lagi nak g jalan ‘rumah’orang.Hihi.Sorry.Okay,terus terang ni je nak cakap.Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh negara,terutamanya rakan blogger. J Semoga semua amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T.Semoga kita turut istiqamah dengan setaip perbuatan baik kita.
NOTA PENTING
*Best sambut puasa dengan rakan seperjuangan.1ST time puasa tanpa keluarga,tempat lain.Semua kena buat sendiri,makanan beli.Hihi..
*Nanti kalau free kita pergi singgah 'rumah' awak.Janji!*angkatjarikelingking*
*Penat sebenarnya.Plus lapar.Baru habis kelas,sekarang pula hujan.(29.6.2014/4.36PM).Tak boleh balik kolej.Walaupun penat,SEMANGAT nak menaip tu penting.Hihi.Rindu.Gatal tangan.
11 AMALAN SUNAT BULAN RAMADHAN (CREDIT TO:GOOGLE)
1.Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
2.Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
3.Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4.Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
5.Bersiwak atau menggosok gigi
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
6.Bermurah hati dan banyak menderma
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7.Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
8.Memberi makan untuk berbuka puasa
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9.Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10.Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11.Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Thursday 22 May 2014

Sabar Itu Perlu Tapi Ada Batas



Dalam Islam,Imam Al-ghazali mengatakan bahawa sabar adalah suatu kondisi mental dalam mengendalikan nafsu yang tumbuhnya atas dorongan ajaran islam.Dengan kata lain sabar ialah tetap tegaknya dorongan agama berhadapan dengan dorongan hawa nafsu.Dorongan agama ialah hidayah Allah kepada manusia untuk mengenal Allah, Rasul serta mengamalkan ajaran-Nya. Sedangkan dorongan hawa nafsu ialah tuntutan syahwat dan keinginan-keinginan rendah yang minta di laksanakan.Nabi SAW mengajarkan bahawa, “Sabar itu umpama cahaya matahari”. Apa maksudnya? Matahari itu sifatnya panas, tetapi kepanasan itu dapat menyuburkan tanaman di muka bumi ini.

Kita,nak jadi jahat,sekelip mata.Nak jadi baik,bertalu-talu ujian melanda.Allah datangkan orang memarahi kita,memfitnah kita,membuka aib kita,memaki kita,membebel pada kita,mengumpat kita dan berbagai lagi. Jahat seseorang dulu,tak semestinya dia jahat pada masa sekarang.Manusia boleh berubah.Hati pun boleh berubah.Semua tu Allah yang pegang.Biarkan apa orang nak kata, pentingkan apa yang Allah nak kata.Buat baik pun orang kata,buat jahat lagi lah orang kata.Mulut manusia.Biarlah apa orang nak kata selagi kita tahu apa yang kita buat betul dan baik disisi Allah dan Rasul.Hidup ini penuh drama.Sampai bila nak ambil kisah dengan orang yang hanya tahu kritik dan terus kritik.Dalam hidup ni,setiap manusia rezekinya tidak sama,jodohnya tidak sama,ada yang sentiasa untung dan murah rezeki da nada yang tidak.Satu hal lagi perlu tahu,perjalanan hidup setiap makhluk Allah itu tidak sama.Jadi,siapa kita?Ingat!Yang memberi dosa pahala itu,Allah SWT bukan manusia.Bukan awak,saya,mahupun orang lain.Pada kemiskinan seseorang,mungkin ada bahagia.Pada kekayaan seseoranh mungkin ada masalah.Dunia ini adil.Sahabat.Soal hati,even dengan sahabat,mana datang perasaan yang tiba-tiba itu?Terasa.Sebab tak kira baik ke,buruk ke seseorang tu,bila dinamakan makhluk Allah,dia tetap ada hati dan perasaan.Ignore what others say.Jangan pula kita balas balik apa yang mereka buat pada kita biarpun kadangkala dia tu lebih teruk dari kita.Boleh tegur,tapi biarlah dari segi nasihat.Tegurannya pula perlu tepat pada setiap kesalahan.Jangan buat memandai terjah jer.Jangan nak ikut ego dan emosi amarah pula.Kerana kita perlu menegur dan bukannya menilai.Berdosa kita apabila seseorang terasa hati dengan kita.Roda itu berputar.Akan tiba suatu masa nanti orang lain pula yang akan ambil alih tempat kita.Jangan jadikan pandangan mata seperti mata lalat yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk.Jadikan pandangan mata seperti mata lebah yang juga memandang pada keharuman serta keindahan.Jai,fikirkan sejenak.Bagaimanakah kita sekarang?Jangan pernah menyalahkan sesuatu atas apa yang berlaku.Kebaikan jadikan sandaran,keburukan jadikan sandaran.Itulah yang dinamakan reality kehidupan.

Sabar diantara perkara yang mudah diceritakan tapi susah diamalkan.Kerana sabra itu ada hubungannya dengan hati dan hati itu pula ada hubungannya dengan perasaan.Lidah yang hanya mampu berkata-kata tanpa henti hanya punya sentuhan dan bukannya perasaan.Inn Shaa Allah.Redhalah pada sesuatu yang mengecewakan hati kita maka percayalah Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang tidak di sangka.Tak ramai diantara kita yang boleh ungkapkan sabar  dan dia betul-betul maksudkannya.Kenapa?Kerana sabar tu tak semudah percakapan.Talk is cheap,right?Hidup ini tak juga semudah kata-kata.Kadangkala ia menuntut airmata tapi ianya bukanlah satu alasan untuk menyerah kalah. Tidak semua orang mampu bersabar.tidak semua orang sama tahap kesabaran.tidak semua orang mampu menahan kemarahan dengan kesabaran.kerana setiap orang itu berbeza kita perlu bersama untuk saling melengkapi untuk mendidik kesabaran dalam diri jika dia mampu untuk bersabar mengapa kita tidak..namun positifkan fikiran.ini bukan luahan tapi realiti kehidupan.pasti ada yang pernah melaluinya

Dear You,haters maybe?
Awak-II yang mungkin pernah mengata mahupun kritik saya dulu,maaf.Saya tak mampu jadi sempurna dimata semua orang.Kalau awak cari yang sempurna itu bukanlah saya kerana saya masih lagi tak sempurna.Jadi,tak perlu nak perli mahupun sindir saya.Awak,tiada rupa tidak bermakna tiada hati.Jagalah hati seseorang itu walaupun dia hodoh sekalipun dimata kamu.Tapi tak mengapalah,its okay dear.Saya tak kisah pun sebenarnya sebab saya tahu orang yang berbuat demikian pada saya adalah mereka yang mempunyai sikap cemburu yang tinggi pada saya.Sedih?Mahunya tidak.Tapi,takpe lah.Never mind.Pesan Ustaz Kazim Elias,ketika kamu berasa sedih,pejamkan matamu dan katakan dalam hatimu,’inilah perjalanan hidupku.Allah Taala yang letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi,aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya diatas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya,setiap sesuatuitu ada hikmahNya.Terima kasih Ya Allah!Kerana mengasihaniku.’Selepas itu,buka matamu dan senyumlah.

Saturday 10 May 2014

blogger family

Hye peeps!
Okay!Straight to the point.
Entry nie khas untuk INVITE YOU ALL JOIN THIS GROUP
Credit to ADFA for this
*abaikan pertanyaan dibawah*

  v  WeChat
  v  Whatsapp
Sebenarnya nak kata baru tak lah baru sangat.Lama pun tak.Sedang-sedang je.
Hah!Meh sini nak promote kat korang.Bestnya group ni sebab
  v  Merupakan kelab cari jodoh.hikhiksss.Korang boleh tengok gambar dibawah ni.


  v  Merupakan kelab karaoke.View gambar dibawah.



  v  Merupakan kelab bahan orang.Tengok ni

  v  Pastu,kat sini korang boleh share macam-macam.Link blog,maybe?like this:

  v  Bukan sesaja nak promote,tapi serius.Group ni memang best.Meriah babe!

Okay!kepada rakan blogger yang nak join tuh,ringankan tangan anda untuk add YOYO di
  v  Wechat ID:Cikyaya_95
NOTA PENTING
  v  Kalau dah add,sila bagitahu bahawasanya anda,BLOGGER
  v  Kalau tak,request anda ai takkan app
  v  Perempuan sahaja
Yang takde wechat tu boleh join whatsapp or nak join due2 pn boleh.Lagi meriah.Kepada blogger-blogger sekalian,jom lah join kami.Luaskan network anak beranak blogger okee? J
Oulsss boleh tengok list mereka yang dah join tu kat SWEETIE
Sorry entry kali ni penuh dengan gambar.Alohai ..malasnya nak menaip!!!


Sunday 4 May 2014

LIEBSTER AWARD NOMINATION

Right after I woke up around 8 AM.I took my lappy and checked my chatbox and what a surprise I got nominated for the Liebster Award! Thank you so much Miss Boo and Yaya
for that! I really appreciate it! I mean what can you say if you are blogging for not even a year and get nominated for an Award! Someone noticed me? (both of you for sure)!
By checking out their blog I'll find the description of this award.
I didn’t even know that was a thing! But it is, and now I know what it is, I’m very grateful! *claps*


RULES WHEN BEING NOMINATED
~Mention the person who nominated you with a link to their blog.
~Answer the 11 questions asked.
~Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential.
~Create 11 of your own questions for them to answer.
~Notify your nominate.

MISS BOO'S QUESTIONS
 Describe about yourself.
 A~Call me yaya o yoyo
   ~I'm female and i am 19y/o,single but taken (wohoo!)
   ~I am sweet.I think I am kind and gentle,not meek,but brave. I am intelligent but not as intelligent as so many people on this earth.I don't like others judging me.
   ~Although I can share with my loved ones, I normally do not share my problems.I keep them to myself.
   ~I am a nice person, always trying to help others. I always want people happy and smiling.
   ~I can't stay mad at certain people for a long time.*especially my lovey*
   ~Quiet and shy around others, always sweet and polite but very strange.
 What kind of things that annoy you a lot.
 A~Rude
 If you had one wish, what would you wish for?
 A~Meet someone
 What is your favourite food?
 A~any kind of food*maybe cuz i don't know*
 Got any phobia? Check here Phobia List.
 A~Neophobia*fear of anything new*
 What will you do if you feel lonely?
 A~Listening music and download video from youtube
 List 5 things that you love.
 A~Music
   ~Doing nothing
   ~Sleep
   ~Being stalker
   ~Blogging
 What do you think about me?
 A~Nice and a little cute girl.love to be friends with you kak boo.
 Your favourite colour. Why?
 A~Pink and blue.Soft colour.
 Describe about your best friend.
 A~understand me ofcoz,always together with me through thick and thin.A list of their names in LOVEY
 Thing you worth?
 A~lovey
YAYA'S QUESTIONS
 Describe about yourself.
 A~Call me yaya o yoyo
   ~I'm female and i am 19y/o,single but taken (wohoo!)
   ~I am sweet.I think I am kind and gentle,not meek,but brave. I am intelligent but not as intelligent as so many people on this earth.I don't like others judging me.
   ~Although I can share with my loved ones, I normally do not share my problems.I keep them to myself
   ~I am a nice person, always trying to help others. I always want people happy and smiling.
   ~I can't stay mad at certain people for a long time.*especially my lovey*
   ~Quiet and shy around others, always sweet and polite but very strange.
 Do you prefer have a iphone or public phone?
 A~Ofcoz iphone
 Who people do you love so much and why?
 A~Mum.queen of my heart.
 Who is your favourite teacher or lecturer?
 A~Teacher-Cik Zahiyah Mustafa
    ~Lecturer-Miss Najlaa Nasuha Mohd Radin
 Do you have secret admirer?
 A~No*maybe*
 The most song you play again until you feel boring with that song?
 A~Motif Band-Tuhan Jagakan Dia
 The best moment in your life?
 A~Falling in love with someone that don't care about my feeling to him.
 The thing that you really want to do in your life
 A~Meet someone
 What type of laptop do you use now?
 A~Samsung
 Tell me what type of your future husband
 A~Someone that can guide me to the path blessed and being together with me to ''Syurga of Allah''
 Honestly.Describe my blog?
 A~Simple but nice,for your info.I love grey too ;)
11 Bloggers that I want to nominate
My Questions To My Awesome Blogger
1.Who was your hottest boyfriend?Why?
2.Describe your first date? What did you do,where did you go? Did you love him?
3.Who do you talk to more when in a problem, your mother or father?
4.If you could go on a dream holiday, where would it be?
5.What is your biggest dream in life?
6.How old were you when you had your first crush?
7.Did you ever have a crush on your best friend’s boyfriends?
8.Has a guy ever asked you to marry him?
9.If you wrote a journal entry about your last date,what would it say?
10.What is currently your favourite song?
11.Describe me and so my blog.
NOTE
Mention or leave a comment if you done answer all the questions.
Feel free to answer and good luck sayang sayang.

Thursday 1 May 2014

rumah anak-anak yatim salimah~BSKN~

Selamat hari pekerja!
Cakap pasal kerja ni,korang pernah buat kerja tak ?Mesti semua pernah kan ?Even kerja rumah pun.Hehee..Tapi kerja yang aku nak story ni lain sikit.Lain macam mana?
S.U.K.A.R.E.L.A.W.A.N
Menarik bukan?sukarelawan kalau hanya dengar dan tengok pada ayat,ia sememangnya,NOTHING!Sebelum korang buat dan rasai sendiri kepuasannya.To be honest,memang letih la sikit.Sikit?Mungkin banyak jugak tapi ikhlaskanlah diri.Pahala pun dapat kan?Lagipun,dalam kepenatan itu pasti terselit sedikit kebahagiaan dan walaupun sedikit,ia menimbulkan rasa kepuasan dalam diri.Alhamdulillah,segala apa yang dirancang berjalan lancar.Program yang dianjurkan oleh pihak BSKN.Korang tahu BSKN tu apa?Briged Sukarelawan Khidmat Negara.Baru-baru ni dapat invitation dari cikgu PLKN untuk join program ni.Orang kata menyelam sambil minum air,tu lah yang aku fikir.Join program,boleh jumpa cikgu ngan kawan-kawan yang sememangnya aku rindu! J
Program ini bermula dari 24-26 April bertempat di Sudara Beach Resort,Tok Bali,Kelantan.Disertai oleh ahli-ahli BSKN seramai lebih kurang 50 orang dari pelbagai kem Zon G.Antara kem yang terlibat ialah salah satunya Kem aku sendiri,Kem Batu Jong,Kem Cancun Park,Kem Cheneh Cemerlang,Kem Etnobotani,dan banyak lagi.Aku tak ingat.okay?
Hari pertama takde apa pun.Hanya pendaftaran.
Inilah hasilnya!Bestie tersayang.Nuyu & Shasha

Hari kedua.Aktiviti mak aiii,padat nya!Okay,hari ni kami dibahagikan kepada 2 kumpulan.Berpecah untuk ke rumah anak-anak yatim dan pusat orang kurang upaya.Aku join untuk ke rumah anak-anak yatim.Mula-mula sampai,Ya Allah!tak tahu nak cakap macam mana,tapi sedih sangat bila tengok adik-adik yang duduk kat situ.Dapat rasa.Bila dah siap tolong buat apa yang patut kat rumah anak-anak yatim tuh,aku berpeluang untuk bercakap dengan dia orang.
Nak bagitahu kat sini,cerita daripada ustazah di situ,anak-anak yang duduk kat situ bukan semuanya anak-anak yatim.Ada je anak-anak yang terbiar disebabkan ibu bapa mereka berpisah,anak-anak yang ingin menghabiskan tahfiz al-quran dan ada jugak mereka ni diambil dari surat khabar.Terdiri daripada 27 lelaki dan 5 perempuan.Korang tahu?Aku sempat tanya sorang adik ni,muka dia familiar sangat.Hummm..Sadissss tengok.Adik ni perempuan,umur 8 tahun.
Aku:Adik..akak nak tanya,tapi kalau boleh jangan terasa eh?Share la dengan akak,akak nak tahu je.Siapa hantar adik kat sini?
Dia:Ibu
Aku:Ooo..Ayah ada lagi?
Dia:Ada
Aku:Dah tu,ibu adik sakit ehh?
Dia:Tak
Aku:Dah tu,kenapa ibu hantar adik kat sini?
Dia:Tak tahu.
Aku rasa macam nak menitis je air mata.Panas pipi oiii.Kenapa macam tu hah?Pelik kan?Tapi takpelah.who knows,maybe her parents has their own reason.Sadis lagi,ustazah cakap,anak-anak yang ada kat situ bukan semuanya bersekolah.Dana tak cukup untuk tampung dia orang.Yang sekolah tu sekolah lah,yang tak sekolah tu masa mereka sepenuhnya diisi dengan membaca al-quran di surau dari pagi hinggalah malam.
Disiplin
*Curi duit
*Curi makanan
*Tidur di surau
Ni masalah anak-anak yang tinggal disitu.Bukan nak cakap yang dia orang ni takde disiplin tapi mungkin sepatutnya kita yang harus betul-betul bersyukur.Mereka mungkin tak cukup makan,biasalah budak-budak.Mereka juga mungkin ada keinginan macam anak-anak lain.Nak kebebasan.
Macam mana sekalipun kehidupan yang anak-anak ini alami,tolong ambil sedikit masa anda.Fikirkan sejenak,dimana kita?Siapa kita?Bersyukurkah kita?
Tidak kira lah sesibuk mana pun anda sekarang,doakan saudara seagama yang kurang bernasib baik.Tidak seperti kita,mungkin juga seperti kita.
Kat sini ada gambar bersama adik-adik disitu
Korang tahu tak siapa kat tengah tu?Yang silang tangan tu?Tulah :
Dato' Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara(JLKN)


YA ALLAH!
Ampunkan segala dosa yang telah mereka lakukan,
Bantulah mereka dalam kehidupan didunia mahupun akhirat,
Berilah mereka rezeki berupa kasih sayang dan pemberian makan dan penyebaran salam dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-Mu,
Permudahkanlah dan berilah ketabahan buat mereka yang telah Kau pilih untuk menghadapi ujian-Mu.
Amin Ya Rabbal Alamin.
The Best Gift You Can Give To Someone Is DOA.


Sunday 20 April 2014

terima kasih^thank you^merci^arigato^gamsahabnida

Assalamualaikum, awak.

Hai awak. Buat apa tu ? Sihat ke ? Harap awak bahagia dengan kehidupan baru. Saya juga begitu. Bagaimana kehidupan awak sekarang ? Lebih bahagiakah ? Atau bagaimana ? Apa khabar skandal baru awak ? Masih ber'sweet-sweet' di muka buku atau wechat ? Baguslah.Awak masih rindukan saya ? Awak masih teringatkan saya ? Oh saya juga begitu. Mustahil untuk lupakan awak. Tapi maaflah, rindu hanya sekadar rindu. Tak lebih dari itu.

Awak, bagaimana perasaan awak setelah berpisah ? Sakit bukan ? Oh kalau awak nak tahu, saya lagi sakit.Oh!Saya tahu,mesti tak rasa apa-II pun kan ?Al maklum saja lah,awak kan insan yang tak punya hati dan perasaan . J Bagaimana keadaan awak sekarang ? Dah give up ? Takkan kot. Ramai lagi perempuan yang awak boleh cari. Tapi ingat, bukan untuk disakiti, tapi untuk disayangi.

Awak, kehendak Tuhan kena pasrah. Jangan resah. Jangan menyerah kalah. Benda dah lepas, lepaskanlah. Bina masa depan sendiri. Tanpa dibayangi wajah kekasih hati. Tak mengapa, Tuhan ada.

Awak mungkin fikir selama ini saya tidak peduli. Awak salah. Saya peduli. Awak mahu cari pengganti ? Silakan. Takpe, asalkan awak bahagia. Saya pun turut bahagia. Tapi, jangan pulak akhir nanti, awak menagih cinta saya kembali.Apa, awak mahu kembali ? Oh tidak mungkin. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali saya menanggung kecewa. Cukuplah sekali saya membazirkan air mata. Hanya kerana seorang awak yang tak tahu menghargai.Suatu hari nanti,saya taknak awak jadi macam lagu nie,*Pasto~Jujur Aku Tak Sanggup~
Oh ini kisah sedihku
Ku meninggalkan dia
Betapa bodohnya aku
Dan kini aku menyesal
Melepas keindahan
Dan itu kamu
Tuhan tolonglah aku
Kembalikan dia
Ke dalam pelukku
Karena ku tak bisa
Mengganti dirinya
Ku akui jujur aku tak sanggup
Sungguh aku tak bisa
Dan t'lah ku jalani semua
Cinta selain kamu
Tapi tak ada yang sama
Beribu cara kutempuh
Tuk melupakan kamu
Tapi tak mampu
Oooo.. Sungguh aku tak bisa
Jujur aku tak sanggup
Sungguh aku tak bisa

Jika adanya saya atau tiadanya saya, yang penting awak bahagia. Itu sudah cukup menggembirakan hati saya. Walau di sudut hati masih tersimpan episod duka. Tapi takpe, Tuhan kan ada.Awak, saya tak pernah menyesal mengenali awak. Jika tidak, saya tak akan kenal erti kecewa. Dan juga bahagia. Walau kadang-kadang awak buat saya geram juga.

Kalau boleh diputarkan masa, mungkin sahaja kita ingin berada pada zaman lalu. Tapi itulah, benda yang lepas tak mungkin berulang.Awak, saya tak tuding jari pada sesiapa. Saya tak anggap salah saya atau salah awak. Cuma mungkin jodoh itu tiada. Nak buat macam mana.

Awak menyesal ? Baguslah. Saya harap awak tak ulangi kesalahan yang sama. Ya, kadang-kadang saya anggap awak yang salah kerana lukakan hati saya.Awak, sekarang saya tak berdendam dengan awak. Jangan risau. Tapi itu tak bermakna parut itu tiada. Luka itu mungkin sudah sembuh, tapi parutnya, hanya masa yang menentukan.Awak, ada satu perkara yang saya telah belajar dan saya sentiasa ingat hingga kini.

Perasaan manusia mudah berubah. Ya, mungkin harini cinta, esok benci. Begitu juga sebaliknya. Hati manusia, hanya Tuhan yang tahu.

Awak..Terima kasih untuk segala galanya.Kebahagiaan yang awak pernah berikan kepada saya suatu masa dulu.Saya hargai segala kasih sayang yang pernah awak curahkan kepada saya.
Nur Jannah Alia~You~
you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you
how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be apart of me
how i wish you were still mine
never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here
i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so muct to me
and guide the truth from me to you
for all the things i've done and said
for all the hurt that i've cause you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i mean to do

Saya nak memohon maaf jika ada terkasar bahasa saya.Ada kata kata yang mengguriskan hati awak.Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.Dan,Saya harap awak dapat halalkan segala duit yang habis awak gunakan untuk saya.Mungkin kredit untuk mesej,mungkin juga saya ada termakan minum dari duit awak.

Saya harap awak tidak mengulangi kesilapan yang pernah awak lakukan.Jangan mengecewakan cinta baru awak.Jangan sampai dia merasa penderitaan yang dialami oleh saya pada ketika ini.Saya harap awak pegang kata-II ini.

Awak, semoga berjaya dalam kehidupan. Walaupun tiadanya saya. Saya tahu, awak boleh lakukan. Perbanyakkan doa dari Tuhan.Semoga kita ada peluang. Semoga kita tak berhenti berjuang. Semoga kita dapat apa yang diimpikan.

Awak jaga diri baik baik.Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak.Awak belajar rajin-II taw.Jangan malas nak belajar.Buktikan yang awak mampu lakukan semua itu.Saya doakan semoga awak berjaya dalam pelajaran awak.Buatkan ayah dan emak awak bahagia dengan kejayaan awak.Lepas ini saya akan pergi. Mungkin tiada lagi ‘polis’ dalam kehidupan awak .Saya harap awak jaga keselamatan diri awak. Jangan mudah terpedaya dengan janji orang yang baru awak kenali.Jangan jadi bodoh macam saya.Dan saya harap awak sentiasa peka dengan sekeliling awak.Satu lagi pesanan saya.Tunggang motosikal baik baik.Jangan merempit.Sayangi nyawa awak tau.Jangan lupa pakai spec,nanti awak tak nampak pulak.Saya harap awak ingat semua pesanan terakhir saya ini.Lepas ini mungkin tiada lagi pesanan seperti ini.

Kirim salam saya pada emak awak.Cakap pada dia,saya minta maaf tak sempat nak pergi rumah jumpa dia,saya minta maaf saya tak dapat pertahankan hubungan dengan anaknya.Saya minta maaf tak sempat nak bagi ‘’something’’ pada dia.Even nak OTP pun saya tak sempat.

Nak minta maaf?Tak payahlah,Saya dah lama maafkan awak.Betul,Saya dah maafkan awak.Saya sedar awak masih lagi belajar dalam perhubungan ni.Saya halalkan segala makan minum awak. Saya halalkan semuanya.Maafkan segala perbuatan saya terhadap awak selama ini.Jujur saya katakan, Bukan niat saya  untuk menjadikan awak bahan uji kaji.Tapi bagi saya , saya berhak untuk menguji awak.Kerana saya amat serius dalam hubungan kita.Sebab saya ingin awak menjadi suri di dalam hati ini.Sebab itu saya cuba menguji awak.Tapi mungkin awak ada alasan tersendiri yang saya sendiri tidak tahu.Mungkin awak lebih bahagia bersama orang lain berbanding bersama saya.Saya sendiri pun tidak tahu.Saya dah buat macam-II.Bukan niat untuk mengungkit,tapi mencari dimana salah saya.Apa lagi yang tidak kena?Tapi,tak mengapa lah.Apakan daya… Mungkin belum cukup besar pengorbanan diri ini. Terasa seperti baru berlaku semalam kita kenal.Namun… Hari ini,,Hubungan kita hanya bertahan selama 4 bulan sahaja.Terima kasih bagi segala suka dan duka pada saya selama 4 bulan ini.Kenapa awak mudah jatuh hati ?Kenapa awak tidak pernah berpuas hati dengan apa yang awak miliki ?Saya selalu bersyukur dengan apa yang saya miliki..Walaupun tidaklah secantik perempuan lain,tapi cantik di mata saya sudah cukup puas bagi saya..tapi semuanya musnah dalam sekelip mata.semuanya sudah musnah.

Maafkan saya jika tulisan saya ini ada membuat hati awak terguris.atau mungkin telah membuatkan air mata awak menitis…tapi inilah segala apa yang ingin saya luahkan.Segala apa yang sudah saya pendam selama ini.Ini lah dia…Semoga berbahagia awak.BTW,ingatkan saya je yang tahu lagu ni.Awak tahu jugak?Tengs for the video
Passenger~Let Her Go~
Well you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go
Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go
And you let her go (oh, oh, ooh, oh no)
And you let her go (oh, oh, ooh, oh no)
Will you let her go?
'Cause you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go
Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go
'Cause you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go
Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go
And you let her go
*this time I will just let it go,this feeling,this tears,I hope it will just fade away from my heart.Even though we’re not match made in heaven.But I do hope you will cherish all the memories you’ve made with me*
Salam sayang dari saya buatmu bekas kekasih. (Ya, saya masih sayang)
Moga baik-baik sahaja. Ada jodoh, kita kembali bersama.

Assalamualaikum…