HOME ABOUT LOVEY FACEBOOK EXCHANGE TWITTER INSTAGRAM

Monday 28 December 2015

maaf !aku terasa

Hari ini aku jalan-jalan di ruang maya milik kau.Semua aku singgah.Disana kau ucap hai,disini kau ucap selamat pagi dengan penuh mesra.Setahu aku kau pernah kata kau mahukan aku.Aku percaya.Cuma apabila kau melayan semua manusia lain,sama manisnya seperti kau layan aku,kau buat aku tertanya-tanya.Samada aku ini sama seperti mereka,atau aku ini istimewa seperti yang kau sering kata.

Aku ini manusia.Ada perasaan.Aku juga berkawan tapi aku tahu bezakan yang mana rakan,yang mana bukan.Maaf jika aku melebih-lebih.Aku ini manusia biasa yang kadangnya mahu merasa lebih.Dan mahu rasa cukup walau hati kurang sempurna.Ini bukan omong ksong,ini tinta dari hati.Bukan kerana aku kejam,cuma kau harus ingat hidup ni bukan semudah apa yang kau kata.Jauh sekali seperti apa yang kita rancang.Jangan menempah maut.Sementara kau masih punya aku.

Tak.tak ada apa lah.Kata kau!Tapi tak salah untuk sama-sama beringat.Bimbang tercinta tanpa sengaja.Sorry for getting mad,sad and jealous.Sometimes.Aku cuma tak nak kau hilang aku.

Friday 30 October 2015

tinta rasa dari hati

Tika dan saat ini,mengalir airmata tanpa henti.Mendongak ke langit.Memerhati alam sekeliling.Membuang pandangan kosong.Keadaan tampak berbeza,mengisi ruang fikiran tika ini.Semuanya bertukar,pantasnya masa berlalu.Lajunya manusia berubah.Sedar.Sedar inilah yang dinamakan kehidupan.Menyingkap kembali rentetan hidup yang lalu,mula terbit rasa sayu dihati.Sekilas rasa gembira,disilih ganti dengan berbagai rasa.Sedih.Kecewa.Suka.Duka.Terharu.Terkilan dan segalanya.Lagi.Menitis airmata.

Hidup tanpa seorang ayah bagai kapal tanpa nakhoda.Hidup aku jalani bersama seorang ibu.Dia tempat mengadu,dia teman selalu mengganggu.HIDAYAH FATIHAH IDRIS.Bertahun tahun dia hidup tanpa mengenal bagaimana dan siapa ayahnya.Hanya sepotong kata nama.Kesetiaan mengharungi hari demi hari dalam kehidupan,membawa bersama pelbagai soalan yang timbul dibenak fikirannya.Kadang aku dapat rasa keluh kesah mencengkam sudut hati, tapi tak tahu kenapa.Rasa macam nak menangis.Rasa macam nak meraung.Semuanya macam tersekat. Nak luah tak boleh, nak telan sakit.Kenapa semua jadi macam ni?Ada ketikanya disebalik kekangan waktu,rasa rindu yang mendalam hadir ke dalam jiwa.Saat itu aku mula terfikir aku tentu rindukan seorang insan bernama ayah.

25102015.Pertama kali dalam hidup aku jumpa ayah kandung aku. Walau yang mencarinya adalah aku. Sebab dia adalah seorang ayah,maka aku tidak menghiraukan. Tersekat nada melepaskan suara.Terkedu seketika. Sebak didada saat pertama kali menatap wajahnya. Nak kata aku tak sedih?Tipu.Bertakung cecair jernih dalam kelopak mata.Cuma tak mampu menitis.Cuba bertahan.Happy tak terkata.Alhamdulillah,benda yang paling aku nak buat dalam hidup ni dah terlaksana.Ingatkan bahagia aku berpanjangan namun sempat aku sedar itu semua hanya mimpi semata-mata.Kadangkala ada waktu dia melukakan dan salah sangkaan antara kami buat aku rasa Ya Allah!Menitis airmata serta merta. Dalam meneruskan kehidupan ini,sedar aku perlu terus berdiri tanpa mengharapkan insan yang bernama abah.Cukuplah abah sekadar jarak jauh,itu lebih mengeratkan kerana disitulah mula terbit rasa rindu.Walau apa pun kesan yang diberi,semoga aku sentiasa positif.Sekurang-kurangnya kehadiran dia dalam hidup aku memberi warna-warna ceria. Semoga aku sentiasa berlapang dada.Memaafkan orang lain.

Aku sedar,ada ketika perlu korbankan perasaan sendiri demi kehendak orang lain.Ada ketika orang tak hargai pun pengorbanan kita.Ada ketika kita menyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati orang lain.Ada ketika kita rasa letih diatas semua ini.Buat awak yang baru wujud disisi menemani,jagalah hati sy walau bukan selalu.Jangan sesekali memperlekehkan kewujudan sy. Mencipta dan mengira bahagia bahagia yang wujud dengan baki masa yang tersisa.Itu saja dah melebihi dunia dan segala isi.Buat awak yang sy sayang,sy nak abah rasa bahagia saat bersama sy bukan kerana harta bahkan bukan kerana kesempatan tapi kerana kasih semata mata.Seawalnya sy minta maaf kalau sememangnya kehadiran sy buat awak tak selesa.Terima kasih sebab ada usaha dan niat nak memperbaiki kesilapan selama 20 tahun ni. Terima kasih sebab menghargai kehadiran dan kewujudanku, menyembuhkan luka dihati walaupun hanya seketika, memberi sokongan dan dorongan meneruskan kehidupan.Satu hal yang perlu awak tahu,tak mungkin dan tak akan sy buang awak dari kehidupan sy.Sy mengaku sy sayang dan terlalu rindu. :(

Benar.Setiap yang berlaku ada hikmahnya,semoga aku tidak alpa.Semoga aku sentiasa ingat bahawa Allah sedang menguji dan ia berlaku atas rencanaNya.Tetapi kadangkala terfikir kenapa manusia sangat mudah melupakan kisah lalu dan dengan sekelip mata dapat menerima kehadiran orang lain begitu mudah.Moga aku terus berbahagia.Senyum dan terima segalanya. Takdir Allah S.W.T dalam melalui susur kehidupan ini.

Saturday 17 October 2015

semester break begins babe

Assalamualaikum and hi!Alhamdulillah tamat dah pun final exam untuk sem ni.Selesai dah segala penat lelah ber’struggle’ dengan segala notes and past year questions.Harap sangat dapat result yang cun macam semester-semester lepas.Pasai pa cakap cemni?Pasainyaaaaaaaa,idk y.Hmm hmm rasa macam banyak je paper yang kena repeat.Adeh,sem ni banyak sangat calculation and part calculation ni la yang down gila nya.Tak pandai math dari zaman budak-budak lagi.Haha!Paper calculation diambang kegagalan.Tak taw nak rasa apa sebenarnya.Kosong.Tapi,jelas kelihatan sangat ke kerisauan dimuka ni?Sampai ada sorang uncle chinese ni tanya ;

U : Are you okay?How about your studies?
ME : No im not okay.I’m almost give up uncle.
U : No no no.You have to go through young lady.Few sem left right?Which part do you think difficult?
ME : Calculation.
U : My son quiet good in math.If you don’t mind,I can arrange for you.Maybe you can ws him and ask anything about calculation.

Hm.kalaulah ditakdirkan aku repeat paper calculation ni,harap ianya membantu!
Cerita pasal cuti sem ni banyak sangat benda nak buat.Banyak sangat yang plan.Sebab banyak sangat masa free.Jangan plan tak menjadi dah lah.Hihi.Salah satunya,p dolan dolan lah guys.Cameron Highland!Ada lagi benda penting nak buat masa cuti sem ni.Tak taw nak rasa apa.Tunggu je lah 25.10.2015 nanti.

NOTA KAKI :Lamanya tak update blog.Busy.

Wednesday 10 June 2015

Sampaikanlah Aku Pada Ramadhan 1436H


Puasa?
Sahur?
Iftar?
Bazar ramadhan?
Terawih?
Balik kampung?
Argghhhhh.Seriously,I can’t wait.

Eh!Hai,apa habaq kengkawan semua?
Hari ini hari khamis terakhir sebelum masuk Ramadhan.Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Mubarak.Best kan next week kita semua dah nak puasa. Penantian makin hampir ke penghujungnya. Hopefully dia datang aku masih lagi bernafas dimuka bumi ini.

Kedatangan festival ibadah ini disifatkan bulan yang penuh keberkatan .Rasulullah s.a.w menyebut dalam sebuah hadith tentang Ramadhan sebagai “Awalnya dipenuhi rahmat,pertengahannya dihiasi keampunan dan penghujungnya dijanjikan dengan pembebasan dari azab neraka”. Bulan yang juga menjanjikan pelbagai tawaran ibadah bagi golongan yang ingin mendekatkan diri kepada Allah.

Perbanyakkan amalan lebih lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.Berjuang habis habisan melawan nafsu.Itu juga satu jihad.Semoga apa yang kita rancang Allah permudahkan.Setiap yang berlaku dengan izinNya.Semoga Dia redha. Moga puasa kita diterimanya dan tidak sia sia.

May we all reach Ramadhan this year.Inn Shaa Allah.

Ya Allah!
Palestine deserves a peaceful ramadhan unlike last year. Pray for Palestine.Pray for world peace.Pray for humanity.Moga ramadhan mereka tahun ini tidak lagi diganggu.May Allah protect them and ease their way.

Tuesday 26 May 2015

Hatiku Keras?

Aku nak buat sesuatu keputusan aku fikir dulu dua tiga empat kali.Sepuluh kali pun takpe.Sebab aku akan pastikan aku takkan menyesal dengan keputusan yang dah aku buat.Tak kira lah dengan sesiapa pun especially dengan orang luar.Aku takkan patah balik.That is aku.Who cares?Kawan aku pernah kata,wah!Tetap pendirian betul.And yes,I am.Tiada kata peluang kedua,berpatah balik,mahupun menyesal dalam bab keputusan.
Hidupku,hidupku.
Hidupmu,hidupmu.
Urusanku,urusanku.
Urusanmu,urusanmu.
Yang lalu biarlah berlalu.Aku jenisnya yang tak suka pisang berbuah dua kali.Kalau rasa keputusan aku boleh berubah dengan pujukan,madah madah berhelah tu semua,sorry to say that I’m not that type of girl!A takkan jadi B,B takkan jadi C dan yang sama waktu dengannya.Hatiku keras?Tetap pendirianku?Tak kisahlah apa orang nak kata.Apapun,aku tetap pada pendirianku.Hanya Allah Yang aku sembah.Baik duniawi mahupun akhirat.Doa itu mungkin,kerana sesungguhnya yang membolak balikkan hati manusia itu adalah kuasaNya Ya Rabbi.Percaya.

Monday 25 May 2015

KOSONG

Saat ini keadaan di mana aku sama sekali tidak ingin terlalu dekat dengan sesiapa pun. Aku bahkan menutup diri dan hati serapat mungkin. Bagi aku, orang-orang yang menawarkan cinta hanyalah benih-benih racun yang kelak akan menjadi pembunuh tanpa maaf. Semakin hari semakin takut.Takut mengenali perasaan-perasaan baru. Tidak ada yang aku nak saat ini selain menikmati waktu tersisa untuk sendiri.

Semua member dah kahwin lah,tunang lah,ada bf/gf.Tak terbit pun rasa iri hati dalam diri.Kenapa ?Sebab terlalu penat bila bermain dengan hati dan perasaan.Kenapa lagi?Sebab dah tahu ramai yang menyinggah hanya untuk suka-suka.Sedangkan yang paling dimahu sebuah keluarga.Malah aku lebih iri hati tengok orang ada anak,bawa baby sana sini.

Orang sekeliling.Ya orang sekeliling,dah cukup banyak mengajar aku erti kehidupan hati dan perasaan sebenar.Terlalu takut sebab masa lalu.Kekadang,im smiling for no reason.Bukan senang nak percaya orang dan bukan senang untuk terima orang dalam kehidupan pada masa sekarang.Sebab bukan senang orang nak keluar masuk dalam hidup aku.

Tuesday 13 January 2015

happy birthday to me




Bismillah.
Alhamdulillah.
This girl officially turn 20 .
And yaaaaait was a realquick.
Thank you toeveryone who wished me a happy birthday.Through whatsapp,wechat,instagram,facebook,personal message,blog,twitter and so on.Thanks much.To family,friends and loved ones who made it one to remember.May Allah answer prayers and grant all your wishes to me.Thanks to Allah for preserving me to see this day.Thanks for kept me alive tillnow.Thanks for having given me a kind,good,awesome and the best ever family,friends and dear ones.Thanks for all the bitter sweet experience of reality life.Im eternally grateful for all the blessings.Andthanks for the gifts!
Much love;Hidayah Fatihah