HOME ABOUT LOVEY FACEBOOK EXCHANGE TWITTER INSTAGRAM

Sunday 29 June 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ;)


Ehem-II diam tak diam alih-alih dah ramadhan balik. Alhamdulillah.Syukur kerana masih diberi peluang untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim di tahun ini.Alhamdulillah.Tahun ini sambut ramadhan dengan status baru.Pelajar je.Okay.*silagelak,akubuatlawak*.Disebabkan tahap kerajinan dalam diri nie kian menebal,dah lama tak jenguk ‘rumah’ sendiri.Apatah lagi nak g jalan ‘rumah’orang.Hihi.Sorry.Okay,terus terang ni je nak cakap.Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh negara,terutamanya rakan blogger. J Semoga semua amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T.Semoga kita turut istiqamah dengan setaip perbuatan baik kita.
NOTA PENTING
*Best sambut puasa dengan rakan seperjuangan.1ST time puasa tanpa keluarga,tempat lain.Semua kena buat sendiri,makanan beli.Hihi..
*Nanti kalau free kita pergi singgah 'rumah' awak.Janji!*angkatjarikelingking*
*Penat sebenarnya.Plus lapar.Baru habis kelas,sekarang pula hujan.(29.6.2014/4.36PM).Tak boleh balik kolej.Walaupun penat,SEMANGAT nak menaip tu penting.Hihi.Rindu.Gatal tangan.
11 AMALAN SUNAT BULAN RAMADHAN (CREDIT TO:GOOGLE)
1.Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
2.Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
3.Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4.Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
5.Bersiwak atau menggosok gigi
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
6.Bermurah hati dan banyak menderma
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7.Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
8.Memberi makan untuk berbuka puasa
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9.Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10.Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11.Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

8 comments:

  1. salam ramadhan yoyo ! selamat berpuasa :*

    ReplyDelete
  2. Nice sharing yoyo. Alahai, kuat jiwanye adik ana sorang nih. :D best ape, pengalaman tu mahal tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak ana ..alahai,jiwang lah sangat..hihi

      Delete
  3. selamat berpuasa sayangku yoyo. jangan lupa niat tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa kak sayangggg ..rendu ..muahahaa ;)

      Delete
  4. Replies
    1. haha ..k,sensitif soalan kak wawa tuhhh ..alhamdulillah setakat ni x tinggal lagi . :)

      Delete

Assalamualaikum ..
Leave your "blebering" here ;)