HOME ABOUT LOVEY FACEBOOK EXCHANGE TWITTER INSTAGRAM

Wednesday 4 May 2016

UNIMATES SHORT VACAY

Hai. Lama tak update. Ada yang rindu ke tidak?
Beberapa hari sebelum final exam bermula, dengan perasaan yang tak sedar dirinya diri nak kena berperang dengan final exam, sempat lagi aku dengan unimates aku pergi short vacay. Awal-awal lagi aku mention beberapa hari nak final exam, of course lah short vacay ni ala ala untuk release tension and have fun before we ouls kena hadap hsddkhsfkahshggssbbeass kan. Taknak cakap banyak. Jom! Aku ceritakan sedikit sebanyak short vacay aku bersama dua orang kawan aku ni.

Hakeme & Myza
p/s : aku ngan kimi tetiba macam laki bini pulak. Secolour. Kikikii

Plan last minute jugak sebenarnya. Disebabkan gigih yang amat sngat nak pergi,so on semacam je. Jam 2 petang bertolak dari Machang ke Bukit Bunga. Destinasi pertama. Request accepted! Pasal aku nak beli cik bear je yang sebenar-sebenarnya. So, nok ghoyak sini, Bukit Bungan ii salah satu tempat yang orang akan singgah kalau berkunjung ke Kelantan. Untuk beli buah tangan. Buah kaki pun ada. Kenapa beli kat sini? Dah tentulah salah satu sebabnya, murah. Harga cik bear comel yang aku beli tuu if I’m not mistaken, harganya RM50 je guys. Plus banyak pilihan jugak la. Senang nak singgah sebab kedai tepi jalan macam tu je.Boleh tengok gambar yea. Google sendiri.

Okeee okee okeeeeee,

Next destination is Rantau Panjang. Untuk park kereta je. Sebabnya tempat yang sebetulnya nak dituju ialah Golok,Thailand. Parking kereta kat Rantau Panjang then menyeberang sungai je. Naik perahu. Tak sampai 3 minit boleh sampai Golok dari Rantau Panjang tu. Iols tak masuk melalui imigresen ya. Sebab nak cepat. Sampai je kat sana kalau nak tambang motor boleh, jalan kaki pun boleh. Itu pun kalau tempat yang nak pergi tu dekat dan kalau rajin nak jalan kaki je laa. Aku and the geng semestinya tak sebab tempat yang aku nak pergi nii jauh sikit dari Bandar Golok. So kita orang decide untuk tambang motor je. Craving yang amat sangat nak makan aiskrim. Al maklum saja la hantu aiskrim. Tambah pulak dengan cuaca panas sekarang ni, hmmm kalau dapat aiskrim satu pun jadilah. Info dari kawan U jugak ada satu kedai aiskrim best kat Golok. Itu yang gigih sangat mencarinya. INBOX COFFEE. Seriously, cukup package dengan tempatnya yang menarik, café ala ala kontena gituw, servis okay, aiskrim pun sedap. Korang wajib pergi! Dah pergi baru tahu, bukan sekadar aiskrim. Tapi aiskrim kek! 2 in 1 babe! Lama jugak lepak kat sini, makan minum selfie, makan minum selfie then balik. Eh lupa! Bayar dulu baru balik. Tak mahal pun, air dengan aiskrim RM17 sorang. Okay la tu.
Air + Aiskrim = RM17


Okay selesai di INBOX COFFEE. Nak balik lah pulak. Hari pun dah petang. Otw nak balik tu ada pulak abang motor ni bagitahu hari tuu ada ekspo kat Golok. Ekspo dan pesta makanan. Memang nak pergi lah. Janji nak ambil masa kat situ 1jam je. Em, pusing punya pusing haaa makan jugak 2jam. Ya Allahhhh, heaven gila. Macam-macam ada, game, makanan, pakaian. Tinggal nak pilih and beli je. Sempat jugak aku dengan dua orang makhluk tu beli barang sikit. Melepas la kalau tak beli. Dengan makanan nya, memang puas hati. Biasa memang kita tahu kan, orang cakap kalau orang Thai masak mesti sedap. Haaa nil ah dia, kalau aku tergilakan sangat kerabu Maggie kat sini.*google sendiri yea macam mana rupa kerabu Maggie tu*



LOKASI : Taman Golok(ekspo dan pesta makanan)

Okay dah! Pukul 7 dah. Betul-betul masa untuk balik. Gerak lah kami dari Rantau Panjang ke Machang. Masing-masing penat. Muka macam ayam berak kapur dah sorang-sorang. Otw balik ke Machang tuu kan kena lalu Tanah Merah dulu, so teringat pulak malam tu ada pasar malam kt Bandar Tanah Merah tu. Singgah kejap la. Myza tergilakan cheese cake ke abg yang jual cheese cake tu ke serius aku tak tahu. Tiap-tiap minggu nak beli je. Makan memang banyak gemuk tak jugak!

Sedih tak sedih jalan cerita aku nii, happy tak happy jugak endingnya macam drama pukul 7 tv3 tuu, tapi hopefully bergumbira lah ya baca short entry pasal short vacay nii. Betul-betul short vacay ni. J
Next time if ada duit lebih, kita jalan jauh sikit yea guys. Inn Shaa Allah kalau ada rezeki nak ke Krabi pulak nanti. Next pos aku akan updatekan korang dengan travel agency yang superb murah. Stay tuned uols. Bye for now!

Monday 28 December 2015

maaf !aku terasa

Hari ini aku jalan-jalan di ruang maya milik kau.Semua aku singgah.Disana kau ucap hai,disini kau ucap selamat pagi dengan penuh mesra.Setahu aku kau pernah kata kau mahukan aku.Aku percaya.Cuma apabila kau melayan semua manusia lain,sama manisnya seperti kau layan aku,kau buat aku tertanya-tanya.Samada aku ini sama seperti mereka,atau aku ini istimewa seperti yang kau sering kata.

Aku ini manusia.Ada perasaan.Aku juga berkawan tapi aku tahu bezakan yang mana rakan,yang mana bukan.Maaf jika aku melebih-lebih.Aku ini manusia biasa yang kadangnya mahu merasa lebih.Dan mahu rasa cukup walau hati kurang sempurna.Ini bukan omong ksong,ini tinta dari hati.Bukan kerana aku kejam,cuma kau harus ingat hidup ni bukan semudah apa yang kau kata.Jauh sekali seperti apa yang kita rancang.Jangan menempah maut.Sementara kau masih punya aku.

Tak.tak ada apa lah.Kata kau!Tapi tak salah untuk sama-sama beringat.Bimbang tercinta tanpa sengaja.Sorry for getting mad,sad and jealous.Sometimes.Aku cuma tak nak kau hilang aku.

Friday 30 October 2015

tinta rasa dari hati

Tika dan saat ini,mengalir airmata tanpa henti.Mendongak ke langit.Memerhati alam sekeliling.Membuang pandangan kosong.Keadaan tampak berbeza,mengisi ruang fikiran tika ini.Semuanya bertukar,pantasnya masa berlalu.Lajunya manusia berubah.Sedar.Sedar inilah yang dinamakan kehidupan.Menyingkap kembali rentetan hidup yang lalu,mula terbit rasa sayu dihati.Sekilas rasa gembira,disilih ganti dengan berbagai rasa.Sedih.Kecewa.Suka.Duka.Terharu.Terkilan dan segalanya.Lagi.Menitis airmata.

Hidup tanpa seorang ayah bagai kapal tanpa nakhoda.Hidup aku jalani bersama seorang ibu.Dia tempat mengadu,dia teman selalu mengganggu.HIDAYAH FATIHAH IDRIS.Bertahun tahun dia hidup tanpa mengenal bagaimana dan siapa ayahnya.Hanya sepotong kata nama.Kesetiaan mengharungi hari demi hari dalam kehidupan,membawa bersama pelbagai soalan yang timbul dibenak fikirannya.Kadang aku dapat rasa keluh kesah mencengkam sudut hati, tapi tak tahu kenapa.Rasa macam nak menangis.Rasa macam nak meraung.Semuanya macam tersekat. Nak luah tak boleh, nak telan sakit.Kenapa semua jadi macam ni?Ada ketikanya disebalik kekangan waktu,rasa rindu yang mendalam hadir ke dalam jiwa.Saat itu aku mula terfikir aku tentu rindukan seorang insan bernama ayah.

25102015.Pertama kali dalam hidup aku jumpa ayah kandung aku. Walau yang mencarinya adalah aku. Sebab dia adalah seorang ayah,maka aku tidak menghiraukan. Tersekat nada melepaskan suara.Terkedu seketika. Sebak didada saat pertama kali menatap wajahnya. Nak kata aku tak sedih?Tipu.Bertakung cecair jernih dalam kelopak mata.Cuma tak mampu menitis.Cuba bertahan.Happy tak terkata.Alhamdulillah,benda yang paling aku nak buat dalam hidup ni dah terlaksana.Ingatkan bahagia aku berpanjangan namun sempat aku sedar itu semua hanya mimpi semata-mata.Kadangkala ada waktu dia melukakan dan salah sangkaan antara kami buat aku rasa Ya Allah!Menitis airmata serta merta. Dalam meneruskan kehidupan ini,sedar aku perlu terus berdiri tanpa mengharapkan insan yang bernama abah.Cukuplah abah sekadar jarak jauh,itu lebih mengeratkan kerana disitulah mula terbit rasa rindu.Walau apa pun kesan yang diberi,semoga aku sentiasa positif.Sekurang-kurangnya kehadiran dia dalam hidup aku memberi warna-warna ceria. Semoga aku sentiasa berlapang dada.Memaafkan orang lain.

Aku sedar,ada ketika perlu korbankan perasaan sendiri demi kehendak orang lain.Ada ketika orang tak hargai pun pengorbanan kita.Ada ketika kita menyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati orang lain.Ada ketika kita rasa letih diatas semua ini.Buat awak yang baru wujud disisi menemani,jagalah hati sy walau bukan selalu.Jangan sesekali memperlekehkan kewujudan sy. Mencipta dan mengira bahagia bahagia yang wujud dengan baki masa yang tersisa.Itu saja dah melebihi dunia dan segala isi.Buat awak yang sy sayang,sy nak abah rasa bahagia saat bersama sy bukan kerana harta bahkan bukan kerana kesempatan tapi kerana kasih semata mata.Seawalnya sy minta maaf kalau sememangnya kehadiran sy buat awak tak selesa.Terima kasih sebab ada usaha dan niat nak memperbaiki kesilapan selama 20 tahun ni. Terima kasih sebab menghargai kehadiran dan kewujudanku, menyembuhkan luka dihati walaupun hanya seketika, memberi sokongan dan dorongan meneruskan kehidupan.Satu hal yang perlu awak tahu,tak mungkin dan tak akan sy buang awak dari kehidupan sy.Sy mengaku sy sayang dan terlalu rindu. :(

Benar.Setiap yang berlaku ada hikmahnya,semoga aku tidak alpa.Semoga aku sentiasa ingat bahawa Allah sedang menguji dan ia berlaku atas rencanaNya.Tetapi kadangkala terfikir kenapa manusia sangat mudah melupakan kisah lalu dan dengan sekelip mata dapat menerima kehadiran orang lain begitu mudah.Moga aku terus berbahagia.Senyum dan terima segalanya. Takdir Allah S.W.T dalam melalui susur kehidupan ini.