HOME ABOUT LOVEY FACEBOOK EXCHANGE TWITTER INSTAGRAM

Friday 30 October 2015

tinta rasa dari hati

Tika dan saat ini,mengalir airmata tanpa henti.Mendongak ke langit.Memerhati alam sekeliling.Membuang pandangan kosong.Keadaan tampak berbeza,mengisi ruang fikiran tika ini.Semuanya bertukar,pantasnya masa berlalu.Lajunya manusia berubah.Sedar.Sedar inilah yang dinamakan kehidupan.Menyingkap kembali rentetan hidup yang lalu,mula terbit rasa sayu dihati.Sekilas rasa gembira,disilih ganti dengan berbagai rasa.Sedih.Kecewa.Suka.Duka.Terharu.Terkilan dan segalanya.Lagi.Menitis airmata.

Hidup tanpa seorang ayah bagai kapal tanpa nakhoda.Hidup aku jalani bersama seorang ibu.Dia tempat mengadu,dia teman selalu mengganggu.HIDAYAH FATIHAH IDRIS.Bertahun tahun dia hidup tanpa mengenal bagaimana dan siapa ayahnya.Hanya sepotong kata nama.Kesetiaan mengharungi hari demi hari dalam kehidupan,membawa bersama pelbagai soalan yang timbul dibenak fikirannya.Kadang aku dapat rasa keluh kesah mencengkam sudut hati, tapi tak tahu kenapa.Rasa macam nak menangis.Rasa macam nak meraung.Semuanya macam tersekat. Nak luah tak boleh, nak telan sakit.Kenapa semua jadi macam ni?Ada ketikanya disebalik kekangan waktu,rasa rindu yang mendalam hadir ke dalam jiwa.Saat itu aku mula terfikir aku tentu rindukan seorang insan bernama ayah.

25102015.Pertama kali dalam hidup aku jumpa ayah kandung aku. Walau yang mencarinya adalah aku. Sebab dia adalah seorang ayah,maka aku tidak menghiraukan. Tersekat nada melepaskan suara.Terkedu seketika. Sebak didada saat pertama kali menatap wajahnya. Nak kata aku tak sedih?Tipu.Bertakung cecair jernih dalam kelopak mata.Cuma tak mampu menitis.Cuba bertahan.Happy tak terkata.Alhamdulillah,benda yang paling aku nak buat dalam hidup ni dah terlaksana.Ingatkan bahagia aku berpanjangan namun sempat aku sedar itu semua hanya mimpi semata-mata.Kadangkala ada waktu dia melukakan dan salah sangkaan antara kami buat aku rasa Ya Allah!Menitis airmata serta merta. Dalam meneruskan kehidupan ini,sedar aku perlu terus berdiri tanpa mengharapkan insan yang bernama abah.Cukuplah abah sekadar jarak jauh,itu lebih mengeratkan kerana disitulah mula terbit rasa rindu.Walau apa pun kesan yang diberi,semoga aku sentiasa positif.Sekurang-kurangnya kehadiran dia dalam hidup aku memberi warna-warna ceria. Semoga aku sentiasa berlapang dada.Memaafkan orang lain.

Aku sedar,ada ketika perlu korbankan perasaan sendiri demi kehendak orang lain.Ada ketika orang tak hargai pun pengorbanan kita.Ada ketika kita menyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati orang lain.Ada ketika kita rasa letih diatas semua ini.Buat awak yang baru wujud disisi menemani,jagalah hati sy walau bukan selalu.Jangan sesekali memperlekehkan kewujudan sy. Mencipta dan mengira bahagia bahagia yang wujud dengan baki masa yang tersisa.Itu saja dah melebihi dunia dan segala isi.Buat awak yang sy sayang,sy nak abah rasa bahagia saat bersama sy bukan kerana harta bahkan bukan kerana kesempatan tapi kerana kasih semata mata.Seawalnya sy minta maaf kalau sememangnya kehadiran sy buat awak tak selesa.Terima kasih sebab ada usaha dan niat nak memperbaiki kesilapan selama 20 tahun ni. Terima kasih sebab menghargai kehadiran dan kewujudanku, menyembuhkan luka dihati walaupun hanya seketika, memberi sokongan dan dorongan meneruskan kehidupan.Satu hal yang perlu awak tahu,tak mungkin dan tak akan sy buang awak dari kehidupan sy.Sy mengaku sy sayang dan terlalu rindu. :(

Benar.Setiap yang berlaku ada hikmahnya,semoga aku tidak alpa.Semoga aku sentiasa ingat bahawa Allah sedang menguji dan ia berlaku atas rencanaNya.Tetapi kadangkala terfikir kenapa manusia sangat mudah melupakan kisah lalu dan dengan sekelip mata dapat menerima kehadiran orang lain begitu mudah.Moga aku terus berbahagia.Senyum dan terima segalanya. Takdir Allah S.W.T dalam melalui susur kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum ..
Leave your "blebering" here ;)