
Puasa?
Sahur?
Iftar?
Bazar ramadhan?
Terawih?
Balik kampung?
Argghhhhh.Seriously,I can’t wait.
Eh!Hai,apa habaq kengkawan semua?
Hari ini hari khamis terakhir sebelum masuk Ramadhan.Ahlan
wa sahlan ya Ramadhan Mubarak.Best kan next week kita semua dah nak puasa.
Penantian makin hampir ke penghujungnya. Hopefully dia datang aku masih lagi
bernafas dimuka bumi ini.
Kedatangan festival ibadah ini disifatkan bulan yang penuh
keberkatan .Rasulullah s.a.w menyebut dalam sebuah hadith tentang Ramadhan
sebagai “Awalnya dipenuhi rahmat,pertengahannya dihiasi keampunan dan
penghujungnya dijanjikan dengan pembebasan dari azab neraka”. Bulan yang juga
menjanjikan pelbagai tawaran ibadah bagi golongan yang ingin mendekatkan diri
kepada Allah.
Perbanyakkan amalan lebih lebih lagi dalam bulan Ramadhan
yang mulia ini.Berjuang habis habisan melawan nafsu.Itu juga satu jihad.Semoga
apa yang kita rancang Allah permudahkan.Setiap yang berlaku dengan
izinNya.Semoga Dia redha. Moga puasa kita diterimanya dan tidak sia sia.
May we all reach Ramadhan this year.Inn Shaa Allah.
Ya Allah!
Palestine deserves a peaceful ramadhan unlike last year. Pray
for Palestine.Pray for world peace.Pray for humanity.Moga ramadhan mereka tahun
ini tidak lagi diganggu.May Allah protect them and ease their way.