
Dalam Islam,Imam Al-ghazali
mengatakan bahawa sabar adalah suatu kondisi mental dalam mengendalikan nafsu
yang tumbuhnya atas dorongan ajaran islam.Dengan kata lain sabar ialah tetap
tegaknya dorongan agama berhadapan dengan dorongan hawa nafsu.Dorongan agama
ialah hidayah Allah kepada manusia untuk mengenal Allah, Rasul serta
mengamalkan ajaran-Nya. Sedangkan dorongan hawa nafsu ialah tuntutan syahwat
dan keinginan-keinginan rendah yang minta di laksanakan.Nabi SAW mengajarkan
bahawa, “Sabar itu umpama cahaya matahari”. Apa maksudnya? Matahari itu
sifatnya panas, tetapi kepanasan itu dapat menyuburkan tanaman di muka bumi
ini.
Kita,nak jadi jahat,sekelip mata.Nak
jadi baik,bertalu-talu ujian melanda.Allah datangkan orang memarahi
kita,memfitnah kita,membuka aib kita,memaki kita,membebel pada kita,mengumpat
kita dan berbagai lagi. Jahat seseorang dulu,tak
semestinya dia jahat pada masa sekarang.Manusia boleh berubah.Hati pun boleh
berubah.Semua tu Allah yang pegang.Biarkan apa orang nak kata, pentingkan apa
yang Allah nak kata.Buat baik pun orang kata,buat jahat lagi lah orang
kata.Mulut manusia.Biarlah apa orang nak kata selagi kita tahu apa yang kita
buat betul dan baik disisi Allah dan Rasul.Hidup ini penuh drama.Sampai bila
nak ambil kisah dengan orang yang hanya tahu kritik dan terus kritik.Dalam
hidup ni,setiap manusia rezekinya tidak sama,jodohnya tidak sama,ada yang
sentiasa untung dan murah rezeki da nada yang tidak.Satu hal lagi perlu
tahu,perjalanan hidup setiap makhluk Allah itu tidak sama.Jadi,siapa
kita?Ingat!Yang memberi dosa pahala itu,Allah SWT bukan manusia.Bukan
awak,saya,mahupun orang lain.Pada kemiskinan seseorang,mungkin ada bahagia.Pada
kekayaan seseoranh mungkin ada masalah.Dunia ini adil.Sahabat.Soal hati,even
dengan sahabat,mana datang perasaan yang tiba-tiba itu?Terasa.Sebab tak kira
baik ke,buruk ke seseorang tu,bila dinamakan makhluk Allah,dia tetap ada hati
dan perasaan.Ignore what others say.Jangan pula kita balas balik apa yang
mereka buat pada kita biarpun kadangkala dia tu lebih teruk dari kita.Boleh
tegur,tapi biarlah dari segi nasihat.Tegurannya pula perlu tepat pada setiap
kesalahan.Jangan buat memandai terjah jer.Jangan nak ikut ego dan emosi amarah
pula.Kerana kita perlu menegur dan bukannya menilai.Berdosa kita apabila
seseorang terasa hati dengan kita.Roda itu berputar.Akan tiba suatu masa nanti
orang lain pula yang akan ambil alih tempat kita.Jangan jadikan pandangan mata
seperti mata lalat yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk.Jadikan
pandangan mata seperti mata lebah yang juga memandang pada keharuman serta
keindahan.Jai,fikirkan sejenak.Bagaimanakah kita sekarang?Jangan pernah
menyalahkan sesuatu atas apa yang berlaku.Kebaikan jadikan sandaran,keburukan jadikan
sandaran.Itulah yang dinamakan reality kehidupan.
Sabar diantara perkara yang mudah diceritakan tapi
susah diamalkan.Kerana sabra itu ada hubungannya dengan hati dan hati itu pula
ada hubungannya dengan perasaan.Lidah yang hanya mampu berkata-kata tanpa henti
hanya punya sentuhan dan bukannya perasaan.Inn Shaa
Allah.Redhalah pada sesuatu yang mengecewakan hati kita maka percayalah Allah
akan menggantikannya dengan sesuatu yang tidak di sangka.Tak ramai diantara kita yang boleh ungkapkan sabar dan dia betul-betul maksudkannya.Kenapa?Kerana
sabar tu tak semudah percakapan.Talk is cheap,right?Hidup ini tak juga semudah
kata-kata.Kadangkala ia menuntut airmata tapi ianya bukanlah satu alasan untuk
menyerah kalah. Tidak semua orang mampu bersabar.tidak semua orang sama tahap
kesabaran.tidak semua orang mampu menahan kemarahan dengan kesabaran.kerana
setiap orang itu berbeza kita perlu bersama untuk saling melengkapi untuk
mendidik kesabaran dalam diri jika dia mampu untuk bersabar mengapa kita
tidak..namun positifkan fikiran.ini bukan luahan tapi realiti kehidupan.pasti
ada yang pernah melaluinya
Dear You,haters maybe?
Awak-II yang mungkin pernah mengata mahupun kritik
saya dulu,maaf.Saya tak mampu jadi sempurna dimata semua orang.Kalau awak cari
yang sempurna itu bukanlah saya kerana saya masih lagi tak sempurna.Jadi,tak
perlu nak perli mahupun sindir saya.Awak,tiada rupa tidak bermakna tiada
hati.Jagalah hati seseorang itu walaupun dia hodoh sekalipun dimata kamu.Tapi
tak mengapalah,its okay dear.Saya tak kisah pun sebenarnya sebab saya tahu
orang yang berbuat demikian pada saya adalah mereka yang mempunyai sikap
cemburu yang tinggi pada saya.Sedih?Mahunya tidak.Tapi,takpe lah.Never
mind.Pesan Ustaz Kazim Elias,ketika kamu berasa sedih,pejamkan matamu dan katakan
dalam hatimu,’inilah perjalanan hidupku.Allah Taala yang letakkan aku
disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi,aku mesti teruskan perjalanan hidup ini
kerana aku percaya diatas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar
diriku.Sesungguhnya,setiap sesuatuitu ada hikmahNya.Terima kasih Ya
Allah!Kerana mengasihaniku.’Selepas itu,buka matamu dan senyumlah.