HOME ABOUT LOVEY FACEBOOK EXCHANGE TWITTER INSTAGRAM

Thursday 22 May 2014

Sabar Itu Perlu Tapi Ada Batas



Dalam Islam,Imam Al-ghazali mengatakan bahawa sabar adalah suatu kondisi mental dalam mengendalikan nafsu yang tumbuhnya atas dorongan ajaran islam.Dengan kata lain sabar ialah tetap tegaknya dorongan agama berhadapan dengan dorongan hawa nafsu.Dorongan agama ialah hidayah Allah kepada manusia untuk mengenal Allah, Rasul serta mengamalkan ajaran-Nya. Sedangkan dorongan hawa nafsu ialah tuntutan syahwat dan keinginan-keinginan rendah yang minta di laksanakan.Nabi SAW mengajarkan bahawa, “Sabar itu umpama cahaya matahari”. Apa maksudnya? Matahari itu sifatnya panas, tetapi kepanasan itu dapat menyuburkan tanaman di muka bumi ini.

Kita,nak jadi jahat,sekelip mata.Nak jadi baik,bertalu-talu ujian melanda.Allah datangkan orang memarahi kita,memfitnah kita,membuka aib kita,memaki kita,membebel pada kita,mengumpat kita dan berbagai lagi. Jahat seseorang dulu,tak semestinya dia jahat pada masa sekarang.Manusia boleh berubah.Hati pun boleh berubah.Semua tu Allah yang pegang.Biarkan apa orang nak kata, pentingkan apa yang Allah nak kata.Buat baik pun orang kata,buat jahat lagi lah orang kata.Mulut manusia.Biarlah apa orang nak kata selagi kita tahu apa yang kita buat betul dan baik disisi Allah dan Rasul.Hidup ini penuh drama.Sampai bila nak ambil kisah dengan orang yang hanya tahu kritik dan terus kritik.Dalam hidup ni,setiap manusia rezekinya tidak sama,jodohnya tidak sama,ada yang sentiasa untung dan murah rezeki da nada yang tidak.Satu hal lagi perlu tahu,perjalanan hidup setiap makhluk Allah itu tidak sama.Jadi,siapa kita?Ingat!Yang memberi dosa pahala itu,Allah SWT bukan manusia.Bukan awak,saya,mahupun orang lain.Pada kemiskinan seseorang,mungkin ada bahagia.Pada kekayaan seseoranh mungkin ada masalah.Dunia ini adil.Sahabat.Soal hati,even dengan sahabat,mana datang perasaan yang tiba-tiba itu?Terasa.Sebab tak kira baik ke,buruk ke seseorang tu,bila dinamakan makhluk Allah,dia tetap ada hati dan perasaan.Ignore what others say.Jangan pula kita balas balik apa yang mereka buat pada kita biarpun kadangkala dia tu lebih teruk dari kita.Boleh tegur,tapi biarlah dari segi nasihat.Tegurannya pula perlu tepat pada setiap kesalahan.Jangan buat memandai terjah jer.Jangan nak ikut ego dan emosi amarah pula.Kerana kita perlu menegur dan bukannya menilai.Berdosa kita apabila seseorang terasa hati dengan kita.Roda itu berputar.Akan tiba suatu masa nanti orang lain pula yang akan ambil alih tempat kita.Jangan jadikan pandangan mata seperti mata lalat yang hanya mencari sesuatu yang busuk dan buruk.Jadikan pandangan mata seperti mata lebah yang juga memandang pada keharuman serta keindahan.Jai,fikirkan sejenak.Bagaimanakah kita sekarang?Jangan pernah menyalahkan sesuatu atas apa yang berlaku.Kebaikan jadikan sandaran,keburukan jadikan sandaran.Itulah yang dinamakan reality kehidupan.

Sabar diantara perkara yang mudah diceritakan tapi susah diamalkan.Kerana sabra itu ada hubungannya dengan hati dan hati itu pula ada hubungannya dengan perasaan.Lidah yang hanya mampu berkata-kata tanpa henti hanya punya sentuhan dan bukannya perasaan.Inn Shaa Allah.Redhalah pada sesuatu yang mengecewakan hati kita maka percayalah Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang tidak di sangka.Tak ramai diantara kita yang boleh ungkapkan sabar  dan dia betul-betul maksudkannya.Kenapa?Kerana sabar tu tak semudah percakapan.Talk is cheap,right?Hidup ini tak juga semudah kata-kata.Kadangkala ia menuntut airmata tapi ianya bukanlah satu alasan untuk menyerah kalah. Tidak semua orang mampu bersabar.tidak semua orang sama tahap kesabaran.tidak semua orang mampu menahan kemarahan dengan kesabaran.kerana setiap orang itu berbeza kita perlu bersama untuk saling melengkapi untuk mendidik kesabaran dalam diri jika dia mampu untuk bersabar mengapa kita tidak..namun positifkan fikiran.ini bukan luahan tapi realiti kehidupan.pasti ada yang pernah melaluinya

Dear You,haters maybe?
Awak-II yang mungkin pernah mengata mahupun kritik saya dulu,maaf.Saya tak mampu jadi sempurna dimata semua orang.Kalau awak cari yang sempurna itu bukanlah saya kerana saya masih lagi tak sempurna.Jadi,tak perlu nak perli mahupun sindir saya.Awak,tiada rupa tidak bermakna tiada hati.Jagalah hati seseorang itu walaupun dia hodoh sekalipun dimata kamu.Tapi tak mengapalah,its okay dear.Saya tak kisah pun sebenarnya sebab saya tahu orang yang berbuat demikian pada saya adalah mereka yang mempunyai sikap cemburu yang tinggi pada saya.Sedih?Mahunya tidak.Tapi,takpe lah.Never mind.Pesan Ustaz Kazim Elias,ketika kamu berasa sedih,pejamkan matamu dan katakan dalam hatimu,’inilah perjalanan hidupku.Allah Taala yang letakkan aku disini.Semua ini perancangan Allah.Jadi,aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya diatas setiap ketetapanNya.Dan aku terima Qada dan Qadar diriku.Sesungguhnya,setiap sesuatuitu ada hikmahNya.Terima kasih Ya Allah!Kerana mengasihaniku.’Selepas itu,buka matamu dan senyumlah.

23 comments:

  1. sometimes kita kena mcm tu balik mgkin sbab masa sebelum ni kta tak perasan yg kita pun ada kritik org ada bukak aib org ada kutuk org dan buat ssorg skit hati , dan perkara tu terbalas balik pada kitaaa :') Allah , kita manusia tak terlepas daripada semua tu... banyakkan sabar ye yoyo .sabar itu perit sgt :') dan sama2 kita perbaiki diri kitaaa :) sayang yoyo ! :* muah muah haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ,mungkin sbb kita manusia.tak lepas dari buat salah.Ya Allah,susahnya nak sabar.perit.Inn Shaa Allah yaa..kita sesama perbaiki diri.Sayang yaya jugak!hikhiksss ..muahhaahaa ;)

      Delete
  2. Manusia memang macam itu. tidak lari daripada melakukan kesilapan. Mungkin ada sebab dan kita jugak perlu face to face dgn dia. Berterus terang lebih baik daripada diamkan diri. mungkin dari situ ada jalan penyelesaian ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea betul,tapi tak semua macam tu.kebanyakan nak lari je dari masalah,kan.. :)

      Delete
  3. sabar sebahagian dari iman dan tak mudah sebenarnya melawan amarah dalam hati.salam ukhuwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak mudah sebab ramai yang hanya mampu cakap tapi tak mampu buat .
      :)

      Delete
  4. sabar perlu jugak tapi jgn sampai kena pijak kepala

    ReplyDelete
  5. done follow blog yg cantik, kemas dan owner blog pun santekkk.. salam kenalan yea.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboiiii ..puji pula dia,btw..thank you yaaa ..hikhiksss ,awak santekk juga ;)

      Delete
  6. NICE..
    JOM SINGGAH BLOG LCP

    ReplyDelete
  7. CASH RM100, PRODUK SHAKLEE, MARY KAY & byk lg utk dimenangi !!!!
    Jom sertai GA saya :)

    http://mamadarwiish.blogspot.com/2014/05/lets-chill-giveaway-by-mama-darwiish.html

    ReplyDelete
  8. Tazkirah from kak yoyo. Sabar itu sebahagian daripada iman, nak menahan sabarnya tu boleh mencabar imann. Haa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa..adda ni lucu lah,dia pulak bg ceramah kat kak yoyo.Hahhh,,tu lah adda.Adda tak tahu,sebelum jadi blogger,kak yoyo ustazah taw*perasan* ;)

      Delete
  9. Betul tu, jikalau jalan Islam itu mudah, maka ramailah org akan dapat masuk ke syurga serta merta.. Paradise will lost its value.

    ReplyDelete
  10. "Dunia ini adil"...Akhirnya jumpa jugak orang yang sangat positif hehehe :D Biasanya orang lain selalu cakap "Dunia ini memang tak adil"...Bagusla akak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Hawa?hihi.Normal lah sekarang,kebanyakan memang cenggitu.Tapi tak semua lah. :)

      Delete

Assalamualaikum ..
Leave your "blebering" here ;)