HOME ABOUT LOVEY FACEBOOK EXCHANGE TWITTER INSTAGRAM

Thursday 1 May 2014

rumah anak-anak yatim salimah~BSKN~

Selamat hari pekerja!
Cakap pasal kerja ni,korang pernah buat kerja tak ?Mesti semua pernah kan ?Even kerja rumah pun.Hehee..Tapi kerja yang aku nak story ni lain sikit.Lain macam mana?
S.U.K.A.R.E.L.A.W.A.N
Menarik bukan?sukarelawan kalau hanya dengar dan tengok pada ayat,ia sememangnya,NOTHING!Sebelum korang buat dan rasai sendiri kepuasannya.To be honest,memang letih la sikit.Sikit?Mungkin banyak jugak tapi ikhlaskanlah diri.Pahala pun dapat kan?Lagipun,dalam kepenatan itu pasti terselit sedikit kebahagiaan dan walaupun sedikit,ia menimbulkan rasa kepuasan dalam diri.Alhamdulillah,segala apa yang dirancang berjalan lancar.Program yang dianjurkan oleh pihak BSKN.Korang tahu BSKN tu apa?Briged Sukarelawan Khidmat Negara.Baru-baru ni dapat invitation dari cikgu PLKN untuk join program ni.Orang kata menyelam sambil minum air,tu lah yang aku fikir.Join program,boleh jumpa cikgu ngan kawan-kawan yang sememangnya aku rindu! J
Program ini bermula dari 24-26 April bertempat di Sudara Beach Resort,Tok Bali,Kelantan.Disertai oleh ahli-ahli BSKN seramai lebih kurang 50 orang dari pelbagai kem Zon G.Antara kem yang terlibat ialah salah satunya Kem aku sendiri,Kem Batu Jong,Kem Cancun Park,Kem Cheneh Cemerlang,Kem Etnobotani,dan banyak lagi.Aku tak ingat.okay?
Hari pertama takde apa pun.Hanya pendaftaran.
Inilah hasilnya!Bestie tersayang.Nuyu & Shasha

Hari kedua.Aktiviti mak aiii,padat nya!Okay,hari ni kami dibahagikan kepada 2 kumpulan.Berpecah untuk ke rumah anak-anak yatim dan pusat orang kurang upaya.Aku join untuk ke rumah anak-anak yatim.Mula-mula sampai,Ya Allah!tak tahu nak cakap macam mana,tapi sedih sangat bila tengok adik-adik yang duduk kat situ.Dapat rasa.Bila dah siap tolong buat apa yang patut kat rumah anak-anak yatim tuh,aku berpeluang untuk bercakap dengan dia orang.
Nak bagitahu kat sini,cerita daripada ustazah di situ,anak-anak yang duduk kat situ bukan semuanya anak-anak yatim.Ada je anak-anak yang terbiar disebabkan ibu bapa mereka berpisah,anak-anak yang ingin menghabiskan tahfiz al-quran dan ada jugak mereka ni diambil dari surat khabar.Terdiri daripada 27 lelaki dan 5 perempuan.Korang tahu?Aku sempat tanya sorang adik ni,muka dia familiar sangat.Hummm..Sadissss tengok.Adik ni perempuan,umur 8 tahun.
Aku:Adik..akak nak tanya,tapi kalau boleh jangan terasa eh?Share la dengan akak,akak nak tahu je.Siapa hantar adik kat sini?
Dia:Ibu
Aku:Ooo..Ayah ada lagi?
Dia:Ada
Aku:Dah tu,ibu adik sakit ehh?
Dia:Tak
Aku:Dah tu,kenapa ibu hantar adik kat sini?
Dia:Tak tahu.
Aku rasa macam nak menitis je air mata.Panas pipi oiii.Kenapa macam tu hah?Pelik kan?Tapi takpelah.who knows,maybe her parents has their own reason.Sadis lagi,ustazah cakap,anak-anak yang ada kat situ bukan semuanya bersekolah.Dana tak cukup untuk tampung dia orang.Yang sekolah tu sekolah lah,yang tak sekolah tu masa mereka sepenuhnya diisi dengan membaca al-quran di surau dari pagi hinggalah malam.
Disiplin
*Curi duit
*Curi makanan
*Tidur di surau
Ni masalah anak-anak yang tinggal disitu.Bukan nak cakap yang dia orang ni takde disiplin tapi mungkin sepatutnya kita yang harus betul-betul bersyukur.Mereka mungkin tak cukup makan,biasalah budak-budak.Mereka juga mungkin ada keinginan macam anak-anak lain.Nak kebebasan.
Macam mana sekalipun kehidupan yang anak-anak ini alami,tolong ambil sedikit masa anda.Fikirkan sejenak,dimana kita?Siapa kita?Bersyukurkah kita?
Tidak kira lah sesibuk mana pun anda sekarang,doakan saudara seagama yang kurang bernasib baik.Tidak seperti kita,mungkin juga seperti kita.
Kat sini ada gambar bersama adik-adik disitu
Korang tahu tak siapa kat tengah tu?Yang silang tangan tu?Tulah :
Dato' Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara(JLKN)


YA ALLAH!
Ampunkan segala dosa yang telah mereka lakukan,
Bantulah mereka dalam kehidupan didunia mahupun akhirat,
Berilah mereka rezeki berupa kasih sayang dan pemberian makan dan penyebaran salam dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-Mu,
Permudahkanlah dan berilah ketabahan buat mereka yang telah Kau pilih untuk menghadapi ujian-Mu.
Amin Ya Rabbal Alamin.
The Best Gift You Can Give To Someone Is DOA.


9 comments:

  1. nini pun masuk plkn jugak tahun lepas,tapi tak terjoin pulak bskn nih,sebab kalau ada,mesti buat dekat kelantan,jauh la pulak dengan besut nih,hehe.

    kesiannya baca pasal budak-budak tu,moga Allah permudahkan urusan diorang,amin.

    ReplyDelete
  2. Aminnn ..mudah-mudahan ..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul kan . :'(

    ReplyDelete
  3. :'( .. sedihh ,, bskn .. hehe .. ade dengar juga masa kat plkn .. hehehe

    ReplyDelete
  4. @echa hamid :kan?bace pn dah terasa ..apatah lg bile tatap mata d'orang .Allahurabbi.Semoga bahagia milik mereka suatu hati nanti.Amin.

    ReplyDelete
  5. sedih T_T Ya Allah berikanlah mereka apa yang mereka layak dapatkan...

    ReplyDelete
  6. @Miss Boo kan kak ?aminnn ..

    ReplyDelete
  7. sedih sangat TT^TT
    dunia sekaang makin lama makin pelik kan... :'(
    Doa yg terbaik kat diaorang.. semoga diaorang bahagia dunia akhirat aamiin...

    masa ni kita terfikir betapa syukurnya lahir dalam family yg ramai.. thanks ibu abah.. :D

    anyway rajin betul g sukarelawan :D

    ReplyDelete
  8. @hafiz .joinlah jugak :)
    @junkyo yup,bile tgk org laen kurang lagi dari kita baru rse nk bersyukur .alhamdulillah ,sy pun rse bnde yg same.Aminnn buat mereka . :'(

    ReplyDelete

Assalamualaikum ..
Leave your "blebering" here ;)